2 kampung di Pekan kena PKPD hingga 15 September - Utusan Malaysia

2 kampung di Pekan kena PKPD hingga 15 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua perkampungan dalam Mukim Bebar, Daerah Pekan, Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Khamis ini melibatkan Kampung Badong Dalam dan Kampung Permatang Durian.

 Pelaksanaan PKPD itu susulan lebih 30 penduduk warga tempatan di dua lokaliti itu disahkan positif Covid-19 hasil saringan kontak rapat oleh Jabatan Kesihatan Pahang sejak 24 Ogos.

 Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dikenakan perintah sama serentak sehingga 15 September ialah dua lokaliti di daerah Ranau, Sabah iaitu Kampung Narawang dan Kampung Mininsalu Baru, Pasir Putih.

 “Satu lagi lokaliti di Sabh dilanjutkan PKPD  iaitu Taman Ria Height, Tawau, namun tiga lokaliti lain ditamatkan esok lebih awal daripada jadual iaitu Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau di Kota Belud.

 “Selebihnya tujuh lokaliti di negeri itu iaitu Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sipitang; Kampung Payas-Payas, Kota Belud; Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu; Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran; serta Beverly Hills Fasa 3 dan Rengency Park, Penampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Di Pahang pula jelas Rodzi, dua lokaliti akan tamat PKPD  esok iaitu di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh dan Ladang Selbourne, Mukim Gua, Lipis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya