Wan Ahmad Fayshal sahkan bertanding Parlimen Bagan Serai - Utusan Malaysia

Wan Ahmad Fayshal sahkan bertanding Parlimen Bagan Serai

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam temu bual secara eksklusif bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu malah mendakwa beliau sudah mendapat restu daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Bersatu Bahagian Bagan Serai juga secara rasmi telah ‘melamar’ beliau sebagai calon untuk mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi tersebut.

“Saya telah mendapat ‘restu’ tanpa sebarang halangan dari peringkat bahagian, negeri dan Presiden sendiri sebagai calon di Parlimen ini walau belum mendapat mandat secara rasmi,” katanya di sini baru-baru ini.

Kenyataan itu pastinya mencetuskan konflik kerana ia menyebabkan penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mungkin diketepikan.

Noor Azmi, Timbalan Menteri Kesihatan menang PRU-14 atas tiket Barisan Nasional (BN) namun kemudiannya menyertai Bersatu.

Mengenai Noor Azmi, Wan Ahmad Fayshal berkata, perkara itu perlu ditanyakan kepada pucuk pimpinan.

“Saya tiada jawapan untuk soalan itu, ia perlu ditanyakan kepada empunya diri, Bersatu bahagian, peringkat negeri dan Presiden,” katanya.

Sementara itu, dengan dakwaan Wan Ahmad Fayshal itu bermakna kerusi Parlimen Titiwangsa dikatakan akan ditandingi Ketua Srikandi Bersatu yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayshal dikatakan berminat untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya