Tempat kerja, komuniti kekal penyumbang terbanyak kluster - Utusan Malaysia

Tempat kerja, komuniti kekal penyumbang terbanyak kluster

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Malaysia terus mencatatkan pertambahan 36 kluster Covid-19 baharu dengan tempat kerja sebanyak 18 kluster dan 14 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja iaitu empat di Selangor, Bandar Resort di Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang (58), Sungai Puloh 14 di Klang dan Petaling (29), Industri Seroja Lima di Sepang (17), Tapak Bina, Persiaran Rimba Permai di Sepang (12); tiga di Kuala Lumpur, Jalan Sri Permaisuri Sembilan di Cheras dan Titiwangsa (31), Jalan Helang Merah di Kepong (17), Jalan Empat C di Titiwangsa (9) dan tiga di Johor, Perdagangan Delima di Pontian dan Kota Tinggi (22), Industri Taman Sembrong di Batu Pahat (13), Jalan Perang di Johor Bharu (13).

Bakinya kata beliau, dua di Kelantan, Industri Jalan 2/44 Padang Tembak di Kota Bharu dan Bachok (9), Taman Jaya Indah di Pasir Mas (5); dua di Perak, Tapak Bina Ipoh Permai di Kinta (112), Jalan Syed Thaupy di Kerian (12); Sungai Mangga di Simunjan,  Sarawak (55); Industri Jalan TJ Dua di Seremban dan Rembau, Negeri Sembilan (52); Industri Teknologi Cheng 18 di Melaka Tengah, Melaka (22); Unipark di Tawau, Sabah (18).

“Kluster komuniti pula, tujuh di Kelantan, Kampung Pak Simpol di Bachok, Pasir Mas dan Pasir Puteh (45), Kampung Mentera di Kota Bharu (24), Kampung Chenok Kadok di Kota Bharu (13), Kampung Parit Limbat di Kota Bharu (12), Kampung Paya Rambai di Kota Bharu (11), Kampung Wakaf Stan di Kota Bharu (8), Kampung Banggol Kemian di Pasir Mas (8);  dua di Sabah, Lahat – Lahat di Tawau (20), Batu Keramat di Tawau (18).

“Selebihnya, Bukit Rok di Bera, Pahang (31), Jalan Denai Enam di Johor Bharu, Johor (25), Kampung Senari di Kuching, Sarawak (25), Dah Kampung Pokka di Padang Terap, Kedah (24), Kampung Selabak Intan di Hilir Perak, Perak (11) manakala Kluster kumpulan berisiko tinggi, dua di Selangor, Jalan Ramin Satu di Klang, Kuala Langat dan Petaling (17), Jenderam Murni di Sepang (14); Fifth Avenue di Kinta, Perak (26) serta satu kluster pusat tahanan, Jalan Salleh 2 di Muar, Johor (83),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekod kes positif Covid-19 sebanyak 17,170 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 12,930 kes manakala sebanyak 174 kematian dicatatkan dengan 1,043 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 531 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 179,179 kes aktif.

Mengulas mengenai 174 kematian, beliau berkata, Selangor kekal penyumbang terbanyak iaitu 70 kes, 20 kes di Kuala Lumpur, masing -masing 17 kes di Johor dan Kedah, 10 kes di Melaka, masing -masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, masing -masing lapan kes di Sabah dan Terengganu, tiga kes di Perak, dua kes di Kelantan, dan satu kes di Pahang.

“Kematian melibatkan 98 lelaki dan 76 wanita dengan 17 warga asing, 28 kes meninggal dunia di rumah dan 140 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya