SPV desak MPK baiki segera tempat bakar mayat di Simpang Lima - Utusan Malaysia

SPV desak MPK baiki segera tempat bakar mayat di Simpang Lima

SPV mendakwa hanya dua dari tempat bakar mayat yang berfungsi di Krematorium Klang Selangor. ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Selangor People Voice (SPV) mendesak Majlis Perbandaran Klang (MPK) segera membaiki tempat bakar mayat yang rosak di kawasan perkuburan Hindu Simpang Lima, di sini.

Pengerusinya, M.Paramasivan berkata, terdapat tiga tempat bakar mayat di kawasan tersebut dan hanya dua berfungsi.

“Pada musim covid-19 ramai yang meninggal dunia tetapi tempat bakar mayat hanya ada dua. Kebanyakan yang dibakar di situ adalah golongan tidak berkemampuan.

“Orang berada boleh bakar mayat waris di tempat bakar mayat swasta yang tinggi kosnya. Tempat bakar mayat kelolaan MPK hanya RM100 lebih sahaja,”katanya.

Paramasivan berkata, Kerajaan Negeri Selangor dan MPK sewajarnya mengambil inisiatif untuk memulihkan tempat bakar mayat tersebut di saat kes Covid-19 melebihi 5,000 kes di negeri ini.

Katanya lagi, sudah empat tahun tempat bakar mayat tersebut rosak tetapi hingga saat ini tiada usaha untuk memulihkannya.

“Saya mendapat aduan ada mayat terpaksa menunggu empat hari sebelum mendapat giliran untuk dibakar.

“Musim Covid-19 mangsa tidak mengira agama telah terkorban. Jika prasarana untuk upacara pembakaran tidak cukup maka lebih lama mayat ‘menunggu’ giliran untuk disemadikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN