Sanggup datang awal untuk gunting rambut percuma - Utusan Malaysia

Sanggup datang awal untuk gunting rambut percuma

ANTARA 10 pelanggan terawal menikmati perkhidmatan gunting rambut secara percuma di cawangan Matt Barbershop , Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda sanggup datang seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma di Matt Barbershop sempena pembukaan pada hari pertama dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mohd. Ihsan Sabri Muda, 35, berkata, sebagai antara 10 pelanggan terawal di cawangan Bukit Tunggal di sini, dia berpeluang menikmati tawaran istimewa itu.

“Setiap bulan saya ke sini untuk menggunting rambut tetapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tidak lagi dapat berbuat demikian.

“Tujuan saya datang awal bukan sekadar untuk mendapatkan harga percuma tetapi kerana tidak mahu menunggu giliran terlalu lama,” katanya ketika ditemui pemberita.

Sementara itu, seorang tukang gunting, Safwan Sedik, 22, teruja dapat kembali bekerja dengan pembukaan semula sektor perdagangan dan pengedaran bermula hari ini.

Katanya, tempoh bercuti sepanjang PKP sebelum ini dimanfaatkan dengan berniaga makanan secara dalam talian bagi menampung kehidupan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN