Raih RM400 cari rezeki di tong sampah - Utusan Malaysia

Raih RM400 cari rezeki di tong sampah

AHMAD Tajudin Ibrahim mencari rezeki dengan mengutip barangan terbuang di perumahan rakyat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pemandu bas meraih pendapatan bulanan kira-kira RM400 dengan hasil jualan barangan terbuang yang dikutip di tong-tong sampah sejak empat bulan lalu.

Ahmad Tajudin Ibrahim, 46, berkata, walaupun kerjaya baharunya itu dipandang hina masyarakat, namun dia bersyukur kerana masih mampu menyara kehidupan keluarga termasuk enam anak di samping berkongsi rezeki dengan insan lain yang memerlukan di sekitar kediamannya di perumahan Kondo Rakyat di Kuala Ibai di sini.

Katanya, jika bernasib baik dia boleh meraih antara RM40 sehari bergantung kepada barangan yang dijumpai dan pernah juga pulang dengan tangan kosong.

“Hasil kebiasaannya dibahagikan dengan beberapa kanak-kanak yang menawarkan diri untuk membantu saya mencari barangan kitar semula di tong sampah berdekatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Ahmad Tajudin, dia nekad berhenti kerja berikutan perkhidmatan bas yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19  sekali gus dapat memantau aktiviti anak-anak di rumah.

Katanya, dia bersyukur kerana dihadiahkan motosikal roda tiga oleh kenalan sekali gus dapat digunakan bagi mengangkut barangan terbuang ke kawasan pengumpulan di Chendering. 

Menurutnya, buat masa ini dia selesa mencari rezeki di tong sampah walaupun ada yang menawarkan kerja sebab pemandu lori namun terpaksa menolak kerana melibatkan jarak yang jauh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN