PKPD: Hampa tidak dapat sambut Aidiladha - Utusan Malaysia

PKPD: Hampa tidak dapat sambut Aidiladha

PENDUDUK menjalani ujian calitan berikutan pelaksanaan PKPD di Taman Melur Fasa 1 di Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hampa tidak dapat solat sunat hari raya dan menyambut Aidiladha disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Itu yang dirasai penduduk di Taman Melur Fasa 1 di sini, selepas lokaliti mereka dikenakan PKPD disebabkan penularan Covid-19 mulai hari ini iaitu semasa Hari Raya AidilAdha.

Seorang penduduk di kawasan perumahan itu yang enggan dikenali berkata,  dia sudah merancang menyambut Hari Raya Aidiladha dan membuat persiapan untuk memasak lemang yang sepatutnya dilakukan semalam

“Saya tak sangka lokaliti kami dikenakan PKPD menjelang Aidiladha. Buluh lemang yang saya tanam tak jadi ditebang untuk memasak lemang.

“Sudah tentu kami kecewa kerana  persiapan sudah dibuat terutama untuk memasak lemang dan dimakan bersama ahli keluarga.

“Apabila diumumkan PKPD, hilang semangat nak sambut Aidiladha. Ingatkan dapatlah kami merasai keseronokkan berhari raya kerana Aidilfitri yang lalu tak dapat disambut seperti biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia juga kecewa kerana tidak dapat menunaikan solat sunat Aidiladha esok.

Sementara itu, Pegawai Daerah  Hilir Perak, Saidin  Shaari  berkata, lokaliti yang dilaksanakan PKPD melibatkan kira-kira 350 jumlah rumah  dengan jumlah penduduk 1, 060 orang.

Menurutnya, penduduk di lokaliti berkenaan menjalani ujian calitan secara berperingkat semalam yang dilaksanakan petugas  Kementerian Kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN