Pesara trauma disamun lelaki berparang  - Utusan Malaysia

Pesara trauma disamun lelaki berparang 

Dua lelaki menunjukkan lokasi mereka membuang barang milik pesara yang disamun di sekitar Aman Perdana, Klang. - Gambar ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pesara kerajaan trauma selepas keretanya dilarikan dua lelaki berparang  ketika hendak menunaikan solat Subuh di sebuah surau di Aman Perdana, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, dalam kejadian pukul 5.20 pagi, mangsa berumur  60-an pergi ke surau terbabit seorang diri menaiki sebuah kereta.

“Sebaik  keluar kereta, dia diserbu dua lelaki bersenjatakan parang. Kedua-dua lelaki merampas beberapa barang peribadi dan kereta mangsa. Mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, polis yang menerima laporan kejadian itu berjaya menahan dua suspek di Jalan Gamelan di sini pada pukul 5 petang hari sama.

Selepas ditahan, suspek membawa polis ke lokasi mereka membuang barang peribadi milik mangsa, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadianmanakala kereta mangsa pula disorokkan di sebuah flat di Kapar.

Katanya, suspek  berumur 20 hingga  30-an itu dengan salah seorang mempunyai 13 rekod jenayah membabitkan kes samun, gaduh, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

Nurulhuda berkata, mereka direman  lima hari, bermula 3 hingga 7 Julai ini untuk siasatan lanjut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN