PASIR GUDANG: Pencemaran Sungai Kopok di Kampung Perigi Acheh di sini sejak Khamis lalu yang dipercayai berpunca daripada buangan sisa bahan kimia menjejaskan k 70 nelayan dan lima penternak kupang di kawasan berkenaan. Ketua Kampung Perigi Acheh, Othman Adon berkata, air sungai dikesan bertukar warna kehitam-hitaman sejak seminggu lalu, selain bau busuk. Menurut beliau, penduduk kampung berkenaan percaya kejadian itu berlaku akibat pembuangan sisa kimia dari Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat…










