Maaf, saya bukan nak menunjuk tapi…” - Putra Amaris - Utusan Malaysia

Maaf, saya bukan nak menunjuk tapi…” – Putra Amaris

Putra Amaris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ikhlas, ibaratnya tangan kanan yang menerima, tangan kiri tidak tahu,”.

Itu reaksi pelakon Putra Amaris ketika ditanya kewajaran berkongsi gambar dan video di media sosial sewaktu melakukan aktiviti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut pelakon filem Ratu Kala Jengking ketika dihubungi berkata, dia hanya ingin memaklumkan bahawa bantuan dan niat orang atau pertubuhan bukan kerajaan yang menyertai kerja amal itu sudah tercapai.

“Tidak semua yang saya dan pasukan lakukan dikongsi di media sosial. Kalau ada yang terasa hati atau pun merasakan perbuatan saya itu seolah-olah menunjuk-nunjuk, saya minta maaf, tiada niat sekali pun nak berbuat demikian.

“Tapi yang sebenarnya saya tidak bergerak sendiri. Ada pasukan yang turut serta dalam aktiviti memberi infaq dan bantuan sebagai tanda sokongan. Jadi saya kena maklumkan kepada orang ramai menerusi media sosial bahawa mesej atau niat mereka telah sampai.

“Saya berharap apa yang kami buat ini akan menjadi ikutan pempengaruh lain untuk berkongsi rezeki,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, pelakon itu berpesan kalau ada keperluan yang mereka terlepas pandang, maklumat boleh disalurkan dengan lebih terperinci dan menghubunginya terus di Instagram.

Sebagai informasi, Amaris dan pasukannya telah melakukan aktiviti Food Bank kepada 70 buah rumah di sekitar kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama pusat beli-belah Wangsa Walk serta pertubuhan badan bukan kerajaan lain yang turut terbabit sama, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN