Lelaki dikenali sebagai ‘doktor’ kantoi edar dadah - Utusan Malaysia

Lelaki dikenali sebagai ‘doktor’ kantoi edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis menahan tiga lelaki termasuk salah seorangnya dikenali ‘doktor’ selepas dipercayai menjadi dalang utama sindiket edar dadah di sekitar daerah Sipitang, Sabah.

Penahanan kesemua suspek itu dilakukan pada 8 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir,  kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Champin Piuh berkata, pada awalnya, serbuan di rumah berkenaan menahan dua lelaki sebelum menemukan peket plastik lutsinar pelbagai saiz di dalam satu kotak di atas meja.

Kata beliau, penahanan itu kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki dipercayai ahli rangkaian sindiket didalangi ‘doktor’ terbabit.

“Salah seorang yang ditahan dikenali dengan nama gelaran ‘Doktor@Ajak’. Suspek terbabit dipercayai berperanan sebagai pengedar dadah syabu manakala dua rakannya itu adalah ahli sindiketnya,” katanya kepada sebuah laporan akhbar.

Tambah Champin, suspek dipercayai mengedar dalam bentuk set atau “bal” dengan berat 5gram hingga 500gram pada harga RM20 hingga RM5,000 di sekitar daerah ini.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif dadah syabu dan semua suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN