Lapan keluarga Taman Murni dikesan ‘hilang’ - Utusan Malaysia

Lapan keluarga Taman Murni dikesan ‘hilang’

WAN Kamarul Azran Wan Yusof (dua kanan) bersama beberapa agensi penguatkuasaan melakukan pemeriksaan di kilang-kilang sekitar Sepang bagi memeriksa pematuhan SOP premis berkenaan. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejumlah lapan keluarga di Taman Murni, dekat sini dikesan ‘hilang’ selepas polis melakukan pemeriksaan kemas kini data penduduk di taman berkenaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan kemas kini data penduduk mendapati lapan buah rumah yang berpenghuni ‘tiada’ penduduk.

Katanya, jumlah itu berdasarkan daripada 465 buah rumah yang diperiksa manakala rumah kosong tidak berpenghuni sebanyak 69 buah.

“Jumlah penduduk di Taman Murni adalah seramai 1,588 orang terdiri daripada dewasa lelaki seramai 572, wanita dewasa (663), kanak-kanak lelaki (188) dan kanak-kanak perempuan (165),” katanya kepada pemberita selepas melaksanakan Op Patuh di sebuah kilang di Sepang di sini hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, bagaimanapun polis menerima kemasukan sebuah keluarga kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.

Katanya, keluarga itu terdiri daripada seorang wanita dan tiga kanak-kanak meminta masuk semula ke kediaman mereka secara sukarela.

Tambahnya, sejak pelaksanaan PKPD Taman Murni, kawasan perumahan itu dipantau dan dikawal secara terperinci dengan penduduk taman tidak boleh keluar masuk dengan bebas.

“Selain pelaksanaan PKPD, ujian saringan penduduk dan suntikan vaksin Covid-19 turut diberikan kepada penduduk taman dan mereka mendapat kelebihan di situ di samping menerima bekalan bantuan makanan yang mencukupi hasil pemberian pertubuhan bukan kerajaan serta ahli majlis perbandaran dan agensi kerajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN