KLYDA 2021, pendedahan awal siswa fesyen - Hatta Dolmat - Utusan Malaysia

KLYDA 2021, pendedahan awal siswa fesyen – Hatta Dolmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat dan KL Young Designers Association mengumumkan penganjuran acara KL Young Designer Award (KLYDA) 2021 bermula bulan ini.

Menurut Hatta, KLYDA 2021 turut mendapat hasil kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik serta Kolej Komuniti (JPPKK).

“Secara peribadi, KLYDA 2021 adalah salah satu usaha baru bagi industri fesyen tempatan sebagai pendedahan awal kepada pelajar jurusan fesyen terhadap fabrik lestari yang menggunakan bahan kitar semula.

“Ini juga merupakan satu batu loncatan kepada industri untuk menjadi pelopor kepada fesyen lestari. Jadi saya berharap agar dengan kerjasama dua hala bersama pihak terbabit, sistem pendidikan hasil seni reka fesyen dan tekstil negara kita akan menjadi lebih terbuka dalam mendidik para pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab bagi membawakan produk mesra alam serta memperkasakan kelestarian fesyen.

“Tidak terlalu lambat untuk kita semua memainkan peranan kita dan mampu menggerakkannya bersama,” kata Hatta dalam satu kenyataan.

Bertemakan ‘Exclusive Finest Sustainable Garment,’ acara itu khusus kepada semua pelajar jurusan fesyen akhir tahun atau para graduan jurusan fesyen yang mempunyai pengalaman secara profesional kurang daripada satu tahun.

Pertandingan ini akan memberikan penekanan khusus kepada sepuluh finalis untuk mempersembahkan koleksi lestari mereka di KLYDA Gala Finale pada bulan November. Pemenang utama berpeluang untuk mempersembahkan koleksi mereka di Hatta Dolmat Earthrise Exhibition (hasil kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air).

Selain berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, hasil koleksi pemenang juga berpotensi untuk didedahkan ke peringkat yang lebih luas seperti festival pameran, kerjasama kolaborasi atau peluang untuk meraih dana.

Sepuluh finalis juga akan menerima bimbingan perniagaan yang disediakan oleh MaGIC Malaysia dengan hasil kerjasama bersama KL Young Designers Association (KLYDA). Panel juri KLYDA terdiri daripada Hatta Dolmat, Penyunting Media Fesyen, Pensyarah Fesyen dan Mentor MaGIC.

Pendaftaran dibuka pada 16 Julai sehingga 6 Ogos, 2021. Untuk penyertaan, pemohon perlu menghantar gambar hasil rekaan terbaik mereka ke [email protected] dan akan dinilai oleh panel juri berdasarkan faktor kelestarian, kebolehpasaran serta keaslian.

Informasi lanjut boleh dilayari di laman web www.hattadolmat.net/klydaward.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.