PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mendedahkan seramai 122,385 kanak-kanak berusia kurang dari 18 tahun dijangkiti Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya mencatatkan kes positif melibatkan golongan terbabit bermula 25 Januari 2020 hingga semalam, melibatkan empat kumpulan mengikut usia.
“Bagi usia di bawah empat tahun, ia melibatkan seramai 30,667 kes; lima hingga enam tahun 12,696 kes; tujuh hingga 12 tahun 40,173 kes dan 13 hingga 17 tahun 38,849 kes.
“Kategori paling ramai yang dijangkiti adalah tujuh hingga 12 tahun iaitu sebanyak 40,173 kes,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras PICK merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin secara maya, hari ini. – UTUSAN










