Esports: Pasukan dari UiTM berpeluang mewakili Malaysia - Utusan Malaysia

Esports: Pasukan dari UiTM berpeluang mewakili Malaysia

KEPUTUSAN kemenangan UiTM Vendetta pada pusingan kelayakan Cyberathlete Collegiates Mobile Legends.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pasukan esports Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Vendetta berpeluang mewakili Malaysia untuk mara dalam saingan ’16 Teams Regional Tryout’ pada 7 hingga 21 Ogos ini selepas menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UKM Aero.

Menurut Pegawai Sukan UiTM, Shahrin Ismail, kejayaan itu diraih apabila UiTM Vendetta menewaskan UKM Aero 3-1 pada pusingan Kelayakan Malaysia Cyberathlete Collegiate Mobile Legends anjuran E-Star Nation pada 17 dan 18 Julai lalu.

“Pasukan UiTM Vendetta turut menewaskan UTeM Mafia pada peringkat separuh akhir sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir dalam acara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.