Budak `merajuk’ tak dibenar main basikal lari rumah ditemui semula - Utusan Malaysia

Budak `merajuk’ tak dibenar main basikal lari rumah ditemui semula

KANAK-kanak lelaki ditemui dekat sebuah hentian bas yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya oleh seorang lelaki di Setia Alam, Shah Alam sebelum dibawa ke Balai Polis, Setia Alam pada 17 Julai 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Gara-gara merajuk tidak dibenarkan bermain basikal dan permainan video, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun  keluar rumah seorang diri di sini semalam.

Kanak-kanak itu ditemui seorang lelaki berusia 28 tahun, pada pukul 9.47 malam di sebuah hentian bas yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Setia Alam Seksyen U13. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Baharudin Mat Taib berkata, kanak-kanak itu diserahkan ke Balai Polis Setia Alam sebelum dijemput semula oleh bapanya pada pukul 10 malam.

“Terdahulu tular kanak-kanak lelaki ditemui di perhentian bas Setia Alam oleh seorang lelaki India, Dhana Shilan Virasingham. Penama  menyerahkan budak lelaki tersebut ke Balai Polis Setia Alam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah kerana merajuk kerana tidak dibenarkan bermain basikal dan bermain permainan video dalam telefon bimbit,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau,  polis telah memberikan nasihat dan teguran kepada keluarga kanak kanak tersebut agar lebih peka dalam penjagaan kanak kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya