169 lembu hidap ‘kulit kental’ dilupuskan - Utusan Malaysia

169 lembu hidap ‘kulit kental’ dilupuskan

CHE Abdullah melihat lembu yang dikuarantin semasa membuat tinjauan di Stesen Maqis Rantau Panjang di sini hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sebanyak 169 lembu ternakan tempatan disahkan menghidap penyakit kulit kental atau lumpy skin disease (LSD) dalam pemeriksaan di 12,757 premis di seluruh negara bermula hujung April lalu hingga semalam (Sabtu).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, operasi mengesan lembu LSD itu dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Kesemua 169 lembu mengidap LSD ini dikesan di pelbagai lokasi bermula hujung April hingga semalam. 

“Kita akan lupuskan lembu-lembu itu bagi memastikan wabak tersebut tidak menular sekali gus menyelamatkan ternakan di negara ini,” katanya selepas lawatan ke Sesen Maqis Rantau Panjang di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah drastik kerajaan menghentikan aktiviti mengimport lembu dari Thailand dilihat berjaya mengurangkan jangkitan LSD daripada terus menular.

Selain itu, katanya, kerajaan turut mengehadkan pergerakan haiwan ruminan dari satu negeri ke negeri lain bagi membendung jangkitan tersebut.

“Kita akan terus mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan di sempadan khususnya di pintu masuk negara melalui kerjasama erat antara Maqis dengan pasukan keselamatan yang bertugas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN