Tiada kejadian tembak di Puchong - Utusan Malaysia

Tiada kejadian tembak di Puchong

TANGKAP layar rakaman video yang tular dialammedia sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada kejadian tembak membabitkan dua suspek yang dipercayai cuba menyamun sebuah premis di Puchong, Selangor seperti tular dalam media sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, rakaman video berdurasi satu minit 44 saat yang tular dan memaparkan kejadian berkenaan berlaku di luar negara.

“Dakwaan kejadian itu berlaku di Puchong, Selangor adalah tidak benar dan ia adalah berita palsu.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat kesimpulan sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN