ARAU: Ketika kebanyakan pelajar mulai selesa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ada penduduk di luar bandar masih menghadapi capaian internet yang lemah menyebabkan proses tersebut terbantut. Ekoran masalah kekangan capaian internet itu, terdapat dalam kalangan pelajar mula patah semangat untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Berikutan masalah capaian internet yang lemah juga menyebabkan ibu bapa terpaksa mengeluar belanja setiap bulan bagi membeli data memandangkan masalah tersebut menyebabkannya cepat kehabisan.…