PRN Sarawak ditangguh ke tarikh lain - Utusan Malaysia

PRN Sarawak ditangguh ke tarikh lain

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan diadakan 18 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ditangguhkan sehingga ke tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas  berunding  dengan Yang Dipertua Negeri  Sarawak berikutan pelaksanaan darurat ketika ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung  dengan tamat tempoh DUN  Sarawak  yang ke-18 pada hari ini.

 Namun, kata beliau, di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat  (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi tempoh darurat berkuat  kuasa, peruntukan untuk memanggil, memprorog dan  membubarkan DUN Sarawak tidak  mempunyai kesan.

“Ia akan ditetapkan pada suatu  tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang  di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang  Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. 

“Manakala Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa  Perlu) 2021 juga memperuntukkan pilihan raya DUN bagi tempoh darurat berkuat kuasa  tidak mempunyai kesan dan tarikh Pilihan Raya Negeri  (PRN) Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan  sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding  dengan Yang Dipertua Negeri  Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, oleh yang demikian, memandangkan Proklamasi Darurat  diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari lalu dan peruntukan Seksyen  13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan  Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa, maka PRN Sarawak ditangguhkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN