PETALING JAYA: Aksi ‘tiada jiwa’ yang ditunjukkan pemain naturalisasi Harimau Malaya, Guilherme de Paula ketika Malaysia tumbang 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerima kecaman hebat bekas pemain kebangsaan dan penyokong. Mereka menyifatkan projek ‘naturalisasi’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gagal dan membazir selepas seorang lagi pemain yang turut diberi kerakyatan untuk mewakili skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi hanya mempamerkan aksi ‘cukup-cukup makan’. Kedua-duanya tiada keserasian dengan rakan sepasukan dan dilihat ‘malas’…










