JERANTUT: Pemain industri pelancongan Taman Negara Kuala Tahan, di sini terus berteka-teki berhubung masa depan perniagaan mereka sekiranya negara masih bergelut dengan peningkatan kes Covid-19. Pada masa ini, nasib 16 orang pengusaha restoran terapung dan kedai makan, pengusaha bot penambang (80 buah), pemandu alam sekitar (115 orang) dan kira-kira 40 pengusaha pusat inap di Kampung Kuala Tahan, Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat serta Kampung Bantal (Hulu Tembeling) termasuk ratusan pekerja…










