PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka belajar di universiti di luar negara atau dalam negara sekali pun. Sumber memberitahu Utusan Malaysia, sekian lama ibu bapa mempunyai kebebasan memilih manakala yang berkemampuan, mereka boleh membayar yuran pengajian institut pengajian tinggi (IPT) di mana-mana negara. Katanya, semua IPT termasuk di luar negara mempunyai syarat tersendiri, walaupun syarat minimum, seseorang itu…










