PUTRAJAYA: Tiada faedah berganda dan caj penalti lewat dikenakan oleh bank-bank kepada peminjam yang mengambil moratorium enam di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika mengesahkan perkara itu berkata, hal itu telah dibangkitkan oleh kerajaan dan dipersetujui oleh bank-bank. Katanya, jika pihak bank bertindak mengenakan faedah berganda dan caj…










