PETALING JAYA: Kekosongan jawatan Naib Canselor lima universiti awam (UA) merupakan satu isu kritikal memandangkan ia melibatkan soal tadbir urus sekali gus memberi kesan secara langsung kepada operasi dan pencapaian institusi terlibat. Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (Pendapat), Prof. Datuk Dr. Norzaini Azman berkata, Naib Canselor adalah jawatan tertinggi dan sangat penting dalam sebuah institusi pendidikan tinggi khususnya universiti kerana mereka bertanggungjawab dalam soal hal ehwal…










