Jauhi 'ah long', rujuk pusat zakat - Utusan Malaysia

Jauhi ‘ah long’, rujuk pusat zakat

MOHAMMAD SHATAR SABRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ yang giat mencari pelanggan ketika rakyat di negara ini dihimpit kesusahan kesan penularan wabak Covid-19.

Pakar sosial, Prof. Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, sindiket itu sentiasa menawarkan pinjaman mudah dan segera sambil menyasarkan golongan yang terkesan untuk dijadikan mangsa.

Katanya, umum mengetahui apabila seseorang dibelenggu hutang ah long, sukar untuk keluar daripada cengkaman golongan itu.

“Tawaran atau iklan pakej pinjaman dengan bayaran semula fleksibel memang sangat menarik, namun perlu diingat sekali terjebak, ah long tidak akan melepaskan peminjam dengan mudah.

“Bunga yang sangat tinggi dikenakan ah long kepada peminjam, namun tetap ada yang meminjam kerana desakan hidup,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu sindiket ah long kini semakin agresif mencari pelanggan yang dilaporkan media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia menyarankan masyarakat mendapatkan bantuan daripada saluran yang betul.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat termasuk yang terbaharu Program bantuan PemerkasaTambahan (Pemerkasa Plus).

Katanya, pusat pungutan zakat (PPZ) juga boleh dirujuk bagi mendapatkan bantuan.

“Ketika inilah PPZ perlu mengurangkan birokrasi supaya dapat membantu masyarakat kita yang dilanda kesusahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya