SEREMBAN: Mangsa jenayah rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, yang koma akibat dipukul suaminya menunjukkan perkembangan positif dan kandungannya berusia 12 minggu juga stabil. Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, dia kini mengambil tanggungjawab menjaga kakak sulungnya itu yang dibawa tinggal bersama di Bandar Sri Sendayan di sini. “Kakak (Jahidah) kini hanya terbaring dan tidak boleh bergerak, namun kini mampu memberi tindak balas dengan sesekali mengelipkan mata apabila kita memanggil namanya. “Memang…










