IPOH: Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) mungkin disebabkan bekas perdana menteri itu melihatnya sebagai peluang untuk beliau kembali berkuasa. Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, jika Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengarah Mageran, kuasanya lebih besar daripada perdana menteri “Sebab, sebagai contoh, dia boleh buat undang-undang melalui ordinan tanpa perlu ke Parlimen. Sebab itu kita tentang Mageran ini. Kita nak…










