Edar gas masak, kedai keranda dibenarkan - Utusan Malaysia

Edar gas masak, kedai keranda dibenarkan

Johor mengumumkan operasi edar gas memasak dan kedai keranda dibenarkan semasa PKP 3.0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sektor pengedaran dan pembekalan gas petroleum cecair (LPG) secara borong atau runcit dibenarkan beroperasi di negeri ini apabila terdapat perubahan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, sektor ini perlu beroperasi agar bekalan LPG tidak terganggu sekali gus memastikan rakyat mendapat bekalan mencukupi.

“Sektor ini kini terletak di bawah barangan keperluan asas dan dibenarkan beroperasi bagi memastikan bekalannya mencukupi di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Selain itu, menurut beliau, operasi kedai keranda turut dibenarkan tetapi operasinya terhad atas permintaan sahaja.

Katanya, operasi peruncitan dan pasar yang tidak jelas di peringkat lapangan tidak dibenarkan beroperasi. 

“Bagi mana-mana operasi peruncitan dan pasar, pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenarkan membuat keputusan untuk tidak membenarkan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP,” jelas kenyataan. 

Sebelum ini, mesyuarat antara bahagian Kerajaan Tempatan dan MKN Johor bersama semua PBT serta jabatan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat memutuskan bahawa sektor peruncitan dan pasar tidak memerlukan surat  MITI untuk beroperasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN