“Dalam peperangan, kebenaran adalah mangsa pertama yang akan terkorban,” demikian kata pujangga yang pernah diungkapkan Senator parti Republikan di Amerika, Hiram Johnson (1866-1945). Melihat kepada situasi politik Malaysia hari ini, nampaknya kata-kata itu terbukti tepat. Apa tidaknya, kini bermacam bentuk spekulasi muncul, kononnya ada penjajaran baharu antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan seteru, atas alasan parti komponen tak mampu tarik sokongan bukan Melayu. Hasilnya, bertebaranlah cakap-cakap seperti perjanjian pintu belakang dan…