9 wanita asing tawar khidmat seks diberkas - Utusan Malaysia

9 wanita asing tawar khidmat seks diberkas

ANGGOTA Imigresen melakukan pemeriksaan selepas menahan salah seorang wanita warga asing bersama pelanggan di sebuah bilik hotel bajet di Sungai Petani, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sembilan wanita warga asing yang menawarkan perkhidmatan seks ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam serbuan Ops Gegar di sebuah hotel bajet di sini semalam.

Wanita-wanita warga Thailand, Vietnam dan Kemboja berusia 25 hingga 36 tahun ditahan ketika berada di bilik masing-masing di hotel tersebut pada pukul 8.30 malam.

Timbalan Pengarah JIM (Kawalan) Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, ketika diserbu, lima daripada wanita itu leka melayan pelanggan manakala selebihnya menunggu pelanggan. 

Menurut beliau, mereka menggunakan aplikasi WeChat dengan mempromosikan wanita cantik menawarkan perkhidmatan seks.

“Bayaran  sebanyak RM190 untuk satu jam layanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Rosmaliza memberitahu, operasi  dua jam membabitkan 19 pegawai dan anggota turut menyita  kondom, gel pelincir, telefon bimbit, ubat perangsang seks dan pasport.

“Selain itu, sebanyak tujuh saman saksi dikeluarkan kepada dua pekerja dan lima pelanggan terbabit,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN