Tiada masalah jika pelajar pulang ke kampung sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Tiada masalah jika pelajar pulang ke kampung sempena Aidilfitri

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada masalah bagi penuntut yang berada di kampus untuk pulang ke kampung sempena menyambut aildilfitri jika kampus tersebut tiada kes Covid-19.

Penolong Pendaftar Kanan Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asyraf Radzwan berkata, sebelum pelajar pulang ke kampung, pihaknya terlebih dahulu menjalankan operasi pergerakan pulang sempena sambutan perayaan berkenaan.

Katanya, pelajar perlu membuat pendaftraran dan saringan kesihatan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Selian itu, jelasnya, pelajar juga perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan (HDF) sebagai bukti tahap kesihatan mereka baik untuk pulang.

“Pergerakan pelajar di kampus terkawal pada masa kini kerana pihak universiti telah mewujudkan langkah-langkah pengawalan dan Jawatankuasa Tindakan Krisis. Inisiatif tersebut bagi mengurangkan risiko pelajar membawa virus apabila pulang ke kampung.

“Selain itu, pihak UKM telah merancang untuk melaksanakan pergerakan secara berfasa mengikut hari yang ditetapkan. Kami juga menyediakan perkhidmatan bas bagi memudahkan pergerakan pelajar kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung.

“Tidak dinafikan, risiko peningkatan kes Covid-19 selepas pelajar pulang ke kampus semula amat membimbangan kami. Jadi, selepas kembali semula ke kampus, pelajar akan menjalani isolasi semula selama 10 hari serta pelajar yang bergejala akan dikuarantin,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Jabatan Perkhidmatan Mahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang, Nur Shazwanie Zainurin menegaskan, pelajar perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) semasa berada di kampung.

“Jika pelajar sendiri tidak menjaga SOP, kita sebenarnya menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19, maka kita sepatutnya mengambil peluang sebaiknya bersama keluarga sahaja dan elak ke tempat yang sesak,” ujarnya.

Sebelum ini, Pakar virologi khuatir pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dibenarkan balik kampung akan membawa balik virus Covid-19 ke asrama. Kebanyakan penuntut IPT dianggap bebas jangkitan Covid-19 kerana mereka hanya di dalam kampus sepanjang tempoh pengajian.

Oleh hal demikian, pergerakan pelajar yang baru pulang ke kampus selepas menyambut Aidilfitri di kampung perlu dihadkan bagi membendung kemungkinan Covid-19 merebak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN