Sklerosis berbilang ialah sejenis gangguan sistem imun dan penyakit kronik sistem saraf pusat yang merosakkan kemampuan otak untuk melakukan fungsi asas. Di anggarkan 2.8 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit ini. Di Malaysia, penyakit ini berlaku pada dua hingga tiga orang untuk setiap 100,000 penduduk. Walaupun penyakit ini jarang berlaku, jelas terdapat keperluan untuk penambahbaikan diagnosis, rawatan dan pengurusan untuk pesakit dewasa yang mengalami relaps sklerosis berbilang memandangkan penyakit…