Stor haram simpan minyak pelincir terpakai kena denda RM85,000 -

Stor haram simpan minyak pelincir terpakai kena denda RM85,000

SEBUAH kilang penstoran minyak pelincir terpakai beroperasi secara haram di Telok Panglima Garang didenda RM85,000 dan sehari penjara oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tindakan sebuah kilang penstoran minyak pelincir terpakai yang beroperasi secara haram di Telok Panglima Garang membawa padah apabila didenda RM85,000 dan sehari
penjara oleh Mahkamah Sesyen Sepang di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, syarikat itu didenda atas empat pertuduhan berhubung aktiviti bagi penstoran minyak pelincir terpakai yang
dikategorikan sebagai SW305 tanpa sebarang kelulusan JAS.

Menurutnya, Hakim Noorhisham Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik tunggal kilang selaku orang kena saman (OKS).

“Pemilik tunggal kilang berusia 37 tahun itu mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Aziah berkata, bagi pertuduhan pertama, pada 24 Oktober 2019, pemilik tersebut didapati menempatkan buangan terjadual iaitu minyak pelincir terpakai di premisnya tanpa terlebih
dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling seperti kehendak bawah Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, bagi pertuduhan kedua pula, pemilik didapati menjalankan aktiviti penstoran minyak pelincir terpakai tanpa kelulusan Laporan EIA seperti kehendak di bawah Seksyen 34A(2), Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Manakala pertuduhan ketiga pula, pemilik didapati menjalankan aktiviti tersebut tanpa sebarang Kebenaran Bertulis daripada Ketua Pengarah di bawah Seksyen 19(a), Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974.

“Bagi pertuduhan keempat, pemilik didapati menjalankan aktiviti tersebut tanpa sebarang lesen sebagai Premis Yang Ditetapkan daripada Ketua Pengarah di bawah Seksyen 18(1), Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya