PUTRAJAYA: Tindakan kerajaan memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 25 Mei ini bertujuan mengawal pergerakan orang ramai di luar rumah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu penting dalam mengekang penularan wabak Covid-19 termasuk dengan melaksanakan kembali dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan mengehadkan masa perniagaan. “Justeru, kedai hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berbanding sebelum ini dari…










