Pengusaha tunggu 37,000 nelayan asing - Utusan Malaysia

Pengusaha tunggu 37,000 nelayan asing

SEBAHAGIAN bot C2 yang tersadai sejak April tahun lalu ekoran ketiadaan awak-awak nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh. UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengusaha bot di seluruh negara memerlukan sekurang-kurangnya 37,000 nelayan asing bagi menyelesaikan masalah bot laut dalam yang tersadai berikutan penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19.

Dalam tempoh wabak, pengusaha terpaksa terus menampung kos-kos tertentu termasuk caj dikenakan Jabatan Imigresen Malaysia ke atas nelayan yang tidak boleh memasuki semula negara.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari berkata, situasi tersebut menyebabkan pengusaha perikanan laut dalam terpaksa menanggung kerugian susulan tiada operasi penangkapan ikan kerana tiada pekerja.

Menurut beliau, susulan itu Malaysia kini menampung kos yang tinggi untuk mengimport bekalan ikan dari negara lain bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.
“Pemilik bot terpaksa menanggung kos ribuan ringgit sebulan kerana tidak dapat keluar ke laut selain tidak mampu mengambil nelayan asing lain,” kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

“Jadi, untuk selesaikan masalah bot tersadai, pengusaha memerlukan kira-kira RM100,000 untuk membawa masuk nelayan asing ini. Kos tersebut bagi menampung caj kuarantin,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 90 peratus daripada 2,500 bot laut dalam dilaporkan tersadai sejak setahun lalu berpunca ketiadaan pekerja Thailand.
Masalah itu menyebabkan nelayan kerugian lebih RM1bilion sejak pandemik bermula tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×