PETALING JAYA: Usaha melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 akan mengambil masa panjang ekoran kemunculan varian baharu yang dikatakan lebih agresif. Bagaimanapun, tidak ada bukti dan data saintifik yang jelas menunjukkan varian baharu itu mempunyai kaitan dalam peningkatan kes positif harian. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pensyarah Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar berkata, peningkatan jumlah kes harian baharu adalah disebabkan oleh faktor sosial yang mana pematuhan prosedur operasi standard…










