OIC perlu nyatakan pendirian tegas - Utusan Malaysia

OIC perlu nyatakan pendirian tegas

Gambar hiasan - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dituntut menyatakan pendirian termasuk mengeluarkan kenyataan keras berhubung keganasan Israel terhadap rakyat Palestin

Sekumpulam wartawan veteran Malaysia dalam satu kenyataan bersama berkata, dunia Islam kini menunggu tindakan dan hala tuju OIC selepas dilihat masih berdiam diri terutama dalam kalangan anggota yang berpengaruh.

Selain itu, katanya, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengeluarkan sebarang resolusi dalam isu itu turut menimbulkan kekesalan dalam kalangan banyak pihak.

“Kami kesal pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menghalang PBB daripada membuat sebarang kenyataan mengenai hal itu.

“Pada pandangan kami, ini bukan soal agama atau ideologi tetapi tentang rakyat Palestin yang tertindas sejak begitu lama,” kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Tan Sri Johan Jaafar, Datuk Seri Wong Chun Wai, Datuk Husamuddin Yaakub, Datuk Kadir Jasin, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Chamil Wariya, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Datuk Ahirudin Attan.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, wartawan Israel perlu bertindak sebagai ‘conscience’ negara itu dan menyuarakan hak rakyat Palestin untuk hidup bersama.

“Para wartawan Israel patut menyuarakan hak rakyat Palestin untuk hidup sama.

“ Mereka dinafikan hak asasi dan maruah akibat kekejaman yang diperlakukan ke atas mereka selama lebih tujuh dekad,” jelasnya.

Sementara itu, serangan terhadap pejabat organisasi media di Gaza membabitkan tentera udara Israel yang memusnahkan Menara Al-Jalas turut dikecam.

“Menara tersebut menempatkan beberapa syarikat media termasuk Associated Press (AP) dan Al Jazeera.

“Kami tidak dapat menerima kenyataan bahawa dalam era ini, pihak tentera menjadikan pejabat pengamal media sebagai sasaran,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN