OIC mesti tekan Israel demi keselamatan Palestin - Razali

OIC mesti tekan Israel demi keselamatan Palestin 

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Parlimen Negara-Negara Anggota OIC (PUOIC) digesa untuk menekan Israel bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin. 

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, keamanan perlu dikembalikan kepada rakyat Palestin yang menetap di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis yang dilihat dipaksa berpindah sebagai bentuk pengusiran dan pembersihan etnik terancang. 

Menurutnya, tindakan itu sekali gus meningkatkan tahap pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat di negara itu. 

“Dewan Negara turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan susulan tentera Zionis yang menyerang dan mencederakan lebih 200 rakyat Palestin yang merempuh masuk Masjid al-Aqsa dengan menggunakan bom tangan, gas pemedih mata dan peluru besi dilapisi getah bagi menyerang jemaah di sana susulan pengusiran di Sheikh Jarrah.

“Selain itu, Dewan Negara senada bersama PUOIC akan terus mempertingkatkan suara kami terus didengari di segenap pelosok dunia untuk berdiri bersama rakyat Palestin yang ditindas dalam tindakan keji dan keganasan oleh tentera Zionis Israel.     

“Kerajaan Malaysia menerusi OIC dan PUOIC mempunyai tanggungjawab untuk bersuara tegas secara kolektif untuk menggesa dan bertindak bagi memberi tekanan terhadap negara haram Israel serta mengelak memungkinkan dasar ‘apartheid’ kembali semula di bumi  Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, media antarabangsa melaporkan 163 penduduk Palestin dan enam anggota polis Israel cedera dalam pertempuran di Baitulmuqaddis. 

Sebahagian besar orang cedera di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika penduduk Palestin membaling batu dan botol terhadap pihak polis Israel yang melepaskan getah dan bom tangan ke atas mereka. 

Terdahulu, ribuan penduduk berkumpul di Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadhan. 

Ketegangan semakin memuncak sejak beberapa hari lalu dengan pertengkaran hampir setiap hari mengenai ancaman pengusiran penduduk Palestin dari rumah mereka di Baitulmuqaddis bagi memberi laluan kepada penduduk Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.