Norasmaliana pemenang minggu ketiga - Utusan Malaysia

Norasmaliana pemenang minggu ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Norasmaliana pemenang minggu ketiga

PETALING JAYA: Norasmaliana Ismail, 34, dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama peraduan Teka Kata Bahasa Jiwa Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Utusan Malaysia.

Seramai lima peserta dipilih sebagai pemenang pada minggu ketiga peraduan berkenaan.

Norasmaliana menerima wang tunai RM400 dengan slogan terpilih iaitu ‘Bahasa diangkat, bangsa terhormat, Malaysia bermartabat’.

Tempat kedua pula dimenangi Khairul Anuar Musa, 43, yang memperoleh wang tunai RM300 manakala tempat ketiga dirangkul Saliza Mohd. Yunus, 52, yang menerima hadiah wang tunai RM200.

Sementara Siti Hawa Ruslan, 56, dan Azani Muhamad, 54, masing-masing menerima sagu hati berjumlah RM50.

Peraduan teka kata terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat kakitangan Media Mulia Sdn. Bhd. serta DBP.

Peserta boleh memotong keratan jawapan yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis.
Keratan yang diisi jawapan hendaklah ditampal pada borang penyertaan yang dikeluarkan pada setiap hari Jumaat.

Peserta juga perlu melengkapkan slogan yang disediakan oleh penganjur mengikut kosa kata yang betul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.