Nama calon Timbalan Ketua Polis Negara dikemukakan kepada SPP - Utusan Malaysia

Nama calon Timbalan Ketua Polis Negara dikemukakan kepada SPP

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Beberapa calon telah dikenal pasti bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua nama tersebut akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bagi disenarai pendek.

“Kalau boleh, saya mahu kekosongan itu dapat diisi dengan segera, bagaimanapun siapa yang akan dilantik bergantung kepada keputusan SPP yang dianggotai menteri, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Ketua Polis Negara.

“Saya jangka, pengisian kekosongan tersebut dapat dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, memandangkan ada beberapa pengarah di Bukit Aman turut akan bersara dalam masa terdekat ini,” katanya dalam sidang akhbar khas bersama beberapa media dan Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Acryl Sani, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman juga sedang dalam penelitian dan juga perancangan dalam penggantian kekosongan. 

Pada 2 Mei lalu, Utusan Malaysia melaporkan, tiga nama pengarah di Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disebut-sebut bakal mengisi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang dikosongkan  Acryl Sani.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain.

Tiga nama tersebut adalah antara calon dikemukakan pengurusan tertinggi PDRM bagi menggantikan tempat Acryl Sani selepas beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa pada 4 Mei lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN