Lelaki maut kereta dihempap pokok - Utusan Malaysia

Lelaki maut kereta dihempap pokok

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mayat pemandu kereta yang dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Sungai Korok, Jitra, Kubang Pasu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok yang tumbang  di Jalan Sungai Korok, Jitra di sini, hari ini.

Tiga lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia enam tahun serta wanita berusia 42 dan 43 tahun tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, wanita berusia 43 tahun terbabit dilaporkan dalam keadaan trauma.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.26 petang.

“Sebaik sahaja   tiba di lokasi, terdapat sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta Proton Iswara Aeroback.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa yang tersepit di dalam kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang juga pemandu sempat memandu kereta ke tepi jalan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Terdapat tiga lagi mangsa tidak tersepit dan dapat keluar dari kereta dengan bantuan orang awam,” ujarnya.

Tambahnya,  mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital bagi tindakan selanjutnya,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya