Kedai pasar raya terbakar, dua remaja sesak nafas - Utusan Malaysia

Kedai pasar raya terbakar, dua remaja sesak nafas

ORANG ramai melihat keadaan kebakaran sebuah kedai pakaian di sebuah pasar raya di Meru, Ipoh, Perak, hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua remaja lelaki mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas kedai menyimpan pakaian di tingkat satu sebuah pasar raya di Meru, di sini terbakar hari ini.

Remaja berusia 18 dan 19 tahun yang terperangkap di dalam premis tersebut diselamatkan orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.09 petang.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi, ketua operasi mengarahkan pengurusan pasar raya tersebut mengosongkan bangunan itu daripada pelanggan.

Katanya, anggota kemudian segera memotong pintu ‘roller shutter’ yang tersekat menggunakan peralatan ‘cicular disc saw ‘ sebelum memadam kebakaran di dalam kedai.

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan hose reel yang ada di bangunan tersebut dengan dibantu sistem water sprinkler.

“Kebakaran itu dipadamkan dalam tempoh 20 minit dan anggaran kebakaran adalah lebih 50 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran melibatkan stor menyimpan pakaian untuk raya itu.

“Anggota memadam kebakaran tersebut sehingga selesai dan operasi dibantu anggota dari BBP Ipoh dan Sungai Siput,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.