Jimmy Puah nafi ziarah raya, cuma hantar barang sumbangan - Utusan Malaysia

Jimmy Puah nafi ziarah raya, cuma hantar barang sumbangan

JIMMY PUAH WEE TSEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse menafikan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) ziarah hari raya Aidilfitri.

Jimmy Puah berkata, tujuan sebenar beliau berada di sebuah rumah di Taman Desa Jaya, Ulu Tiram dekat sini adalah untuk menghantar barang sumbangan kepada wakil wanita PKR untuk diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf.

Katanya, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan mereka dan sekiranya hasil siasatan mendapatinya telah melanggar undang-undang SOP, beliau akan akur.

“Merujuk kepada laporan polis terhadap saya melanggar SOP hari raya, saya ingin menegaskan saya tidak menafikan saya berada di sebuah rumah di Taman Desa Jaya pada masa insiden.

“Tetapi tujuan utama saya ke rumah tersebut adalah untuk hantar barang sumbangan kepada wakil Wanita Keadilan untuk diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf dan bukan beraya seperti didakwa.

“Bagaimanapun, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan mereka dan sekiranya hasil siasatan mendapati saya telah langgar undang-undang SOP, saya rela menerima hukuman dan membayar kompaun sewajarnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, dilaporkan bahawa polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Pengerusi PKR negeri itu yang melanggar SOP ziarah hari raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Suhaimi Ishak berkata, siasatan itu dibuat selepas pihaknya mendapat aduan berkenaan perkara itu, semalam.

Menurut beliau, seorang pengadu berusia 38 tahun menyedari perkara itu ketika sedang melayari laman Facebook di Taman Maharani, Jalan Bakri, Muar pada pukul 3 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya