PETALING JAYA: Kira-kira 90 peratus daripada 2,500 bot perikanan laut dalam ‘tersadai’ tidak dapat ke laut menangkap ikan sejak setahun lalu ekoran ketiadaan pekerja dari Thailand berikutan pintu sempadan negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dilema yang ditanggung lebih 1,000 pengusaha di negeri-negeri utara Semenanjung dan Kelantan itu menyebabkan mereka menanggung kerugian lebih RM1 bilion kerana terpaksa menyelenggara bot-bot yang tersadai di pelabuhan dan jeti sepanjang tempoh berkenaan.…










