Covid-19 jangan jadi seperti India - Utusan Malaysia

Covid-19 jangan jadi seperti India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dirancang kerajaan adalah yang terakhir dalam usaha mengawal Covid-19.

Baginda bertitah, sekiranya ia dilaksanakan, perintah itu harus dilakukan secara berkesan dengan memastikan orang ramai turut memainkan peranan bagi menjayakan peraturan yang dikuat kuasa.

“Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih daripada penularan Covid-19, namun sebaliknya jumlah kes yang dicatatkan kembali meningkat. Kita sekarang berada pada tahap yang sangat kritikal. Jumlah kes tidak menunjukkan tanda penurunan dan beberapa negeri termasuk Johor kini menjadi negeri berisiko tinggi.

“Pengorbanan mesti dibuat untuk kebaikan semua. Jangan kita menyesal kemudian hari, tiada gunanya,” titah Sultan Johor dalam kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi miliknya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menilai semula PKP yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang mengalami peningkatan mendadak kes positif Covid-19 bagi membendung penularan pandemik itu.

Titah Sultan Ibrahim, walaupun sistem penjagaan kesihatan diurus tadbir dengan baik, namun, semuanya mempunyai batas.

“Jika beban yang terpaksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan. Rakyat tidak boleh mengabaikan SOP walaupun mereka telah menerima suntikan vaksin.

“Ingatlah untuk menjaga diri dan satu sama lain, ini kerana sesetengah rakyat memandang ringan prosedur operasi standard (SOP) dan bersikap seolah-olah wabak itu sudah berakhir, sikap berbahaya ini hanya akan menambah lagi beban kemudahan penjagaan kesihatan kita,” titahnya.

Sultan Ibrahim turut bertitah, agensi penguatkuasaan akan bertindak lebih tegas dan adil terhadap mereka yang melanggar SOP.

“Kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal, seperti yang sedang berlaku di India. Saya juga berharap kerajaan negeri akan mengambil keputusan yang bijaksana dan bertindak demi kepentingan rakyat.

“Saya menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin. Percayalah kepada pakar kesihatan yang sahih, bukan khabar angin,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.