80 peratus penjawat awam kerja dari rumah - Utusan Malaysia

80 peratus penjawat awam kerja dari rumah

Kerajaan digesa menyemak balik skim gaji penjawat awam. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Pengoperasian bagi pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan Bekerja Dari Rumah (BDR) berikutan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beberapa sekatan lebih ketat berdasarkan  situasi semasa pandemik Covid-19.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelaksanaan itu mengambil empat pendekatan dengan kehadiran ke pejabat pada tahap 20 peratus keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80 peratus secara BDR dengan penggiliran.

Kata beliau, kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.

” Mesyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

“Perkhidmatan kaunter hanya dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara atas talian dan melalui temujanji sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zuki berkata, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan arahan ini dengan merancang kehadiran penjawat awam yang diperlukan di pejabat dan BDR. 

Beliau menjelaskan, pelaksanaan BDR adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah, yang jelas memperincikan aspek-aspek 

yang perlu dipatuhi termasuk tidak boleh melaksanakan urusan peribadi dalam waktu bekerja. 

Beliau berkata, sebarang pelanggaran salah laku dalam pematuhan kepada BDR, akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U.(A) 395 – Peraturan-Peraturan Pegawai 

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan garis panduan yang lengkap dalam masa terdekat dengan perincian kepada perkara-perkara berkaitan.

“Sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat diberi dengan cepat dan tepat,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa perlu dipatuhi bagi memastikan keluk jangkitan Covid-19 dapat dilandaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya