Umat Islam mula berpuasa esok - Utusan Malaysia

Umat Islam mula berpuasa esok

Umat Islam diumumkan akan mula berpuasa esko, 13 April 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh umat Islam di negara ini diumumkan akan menunaikan ibadah puasa bermula esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad mengumumkan tarikh tersebut menerusi radio dan televisyen malam tadi.

Terdahulu, pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan menetapkan semalam sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan di 29 tempat di seluruh negara.

Antara lokasinya ialah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya