Tiada gangguan elektrik berulang di Felda Chini 4 - Utusan Malaysia

Tiada gangguan elektrik berulang di Felda Chini 4

Operasi bacaan meter dan waktu kedai TNB berjalan seperti biasa sepanjang PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Semakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati tiada gangguan bekalan berulang kali di Felda Chini 4 di Pekan dekat sini seperti dilaporkan dengan yang terakhir pada bulan puasa tahun lalu.

Sebaliknya, terdapat gangguan yang berpunca daripada kerosakan pada talian dan sistem TNB yang telah diatasi dengan merentang dua rangkaian voltan rendah dan menyusun semula beban.

Projek tersebut telah selesai pada Ogos tahun lalu. 

Bahagian Komunikasi Korporat TNB dalam kenyataannya berkata, TNB  dalam perancangan melaksanakan projek menambah baik sistem iaitu menukar talian atas tidak bertebat sepanjang sekitar 3.5 kilometer kepada talian atas yang bertebat. 

Menurut beliau, langkah tersebut bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan akibat faktor luaran seperti cuaca, vandalisme dan binatang liar.

“Dengan pelaksanaan projek tersebut yang dijangka siap pada suku ketiga tahun ini, ia akan lebih meningkatkan daya harap bekalan di kawasan itu,” jelas kenyataan.

Utusan Malaysia pada 2 April lalu, penduduk Felda Chini di Pekan merayu  TNB membina sebuah stesen janakuasa hidroelektrik bagi keperluan lebih 20,000 pengguna di kawasan tanah rancangan itu. 

Peneroka Felda Chini 1, Abdul Ghafar Abdul Hamid, 67, berkata, bekalan tenaga elektrik kepada pengguna di tanah rancangan berkenaan pada masa ini adalah dari stesen hidroelektrik di Muadzam Shah, Rompin. 

Kenyataan berkenaan turut menjawab rayuan Abdul Ghafar supaya menghidupkan semula Stesen Janaelektrik lama di Felda Chini 4. 

“Sebenarnya Mini Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Stesen Janaelektrik (SJL) Chini telah dibangunkan bagi menggantikan stesen janaelektrik lama demi bekalan elektrik yang lebih stabil,” katanya kenyataan berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya