Projek komersial di Cameron Highland tidak libat tanah Hutan Mossy

Tidak libat tanah Hutan Mossy

KEADAAN Sungai Burung berhampiran Hutan Mossy, Cameron Highlands yang masih terpelihara namun keadaannya mungkin berubah jika projek pembangunan dilaksanakan di kawasan hutan berlumut itu. – IHSAN REACH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Cadangan pelaksa­naan projek komersial menerusi kerjasama dimeterai antara Maj­lis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan sebuah syarikat hartanah baru-baru ini tidak melibatkan pembangunan ta­nah Hutan Mossy, Gunung Brinchang di pusat peranginan tanah tinggi itu.

Projek itu juga terletak di luar kawasan tadahan air Su­ngai Burung dan berada di bahagian bawah Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Bertam iaitu sembilan kilometer daripada Hutan Mossy melalui jalan darat.

Dalam kenyataan MDCH kepada Utusan Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT) ber­kenaan memaklumkan, projek yang dimaksudkan adalah usahasama MDCH bersama Casa I­nspirasi Sdn. Bhd., anak syarikat LBS Bina Group Sdn. Bhd.

Jelasnya, perjanjian dimeterai pada 31 Mac lalu yang mana lokasi projek adalah di atas tanah lot hak milik MDCH iaitu HSD4908, Lot PT3288 berkeluasan 20.84 hektar dengan syarat nyata Bangunan Perniagaan.

“Komponen pembangunan yang dibangunkan adalah ruang perniagaan, pangsapuri per­khidmatan, kediaman dan bangunan rumah kedai,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

A. DILIP MARTIN

Semalam, akhbar ini mela­porkan Hutan Mossy berdepan kemungkinan terjejas dan hilang daya tarikan berikutan cadangan pelaksanaan sebuah projek hartanah yang didakwa turut melibatkan kawasan ter­kenal dengan keindahan hutan berlumut itu.

Presiden Persatuan Keseda­ran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, difahamkan pemba­ngu­nan hartanah yang dicadang­kan itu melibatkan tanah Hutan Mossy seluas 20.8 hektar.

Kata Dilip, pembangunan di Hutan Mossy yang sebahagian projek komersial itu dilaksanakan tidak lama lagi selepas perjanjian antara MDCH dan sebuah syarikat hartanah terkemuka di negara ini.

Mengulas lanjut, MDCH ber­kata, projek berkenaan tertakluk kepada Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Jadual Kedua iaitu melibatkan inkuiri dan pameran awam serta melalui Kajian

Penyelidikan Kesan Alam Sekitar yang sangat terperinci oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya